1001 Rahsia Tersirat Pada Tidur dan Solat Tahajud..

Posted Wednesday, January 26, 2011 by Euforia Is


SOLAT Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini….

1)TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian – tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

2)Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya.Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga/empat jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China – Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.
Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhn mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )
3)IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN
Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian, Tao, Confusius dan Sikh.

4)PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.”
Maksudnya “Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.”
“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” – Longfellow
Maksudnya “Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.”
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

5)Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasai nikmat oksigen segar ini.

6)RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.
Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat – kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk – pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

Sepuluh Petanda Dia Jodoh Kita.......

Posted Tuesday, January 25, 2011 by Euforia Is
 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

     Entry blog yang malas..copy and paste sahaja..tetapi sharing is caring for each other...dapat dari FB..memang la malas nk tulis semua ni kan..tapi pembacaan tu yang penting..bile kita membaca kita akan cuba memahami..itu yang penting..jadi bertanya lah pada diri sendiri..adakah anda sudah berjumpa dengan jodoh anda? ; )

   

Sofea.Lang

Posted Monday, January 24, 2011 by Euforia Is
Currently listening to ...
~ No Boundaries - Adam Lambert ~

Entry kali khas untuk Cik Siti Shafinaz Lang Puteh (Sofea Lang Ndn)
awak dah tag saya lama untuk entry..dan saya telah membuat awak menunggu untuk post ini..
minta maaf la ek..bukannya sengaja tetapi setiap penulisan saya dalam blog ini..
memerlukan sesuatu..untuk membolehkan saya untuk menulis..
so this is it..

www.facebook.com/sofea.lang

      Cinta...monyet...
      Kenapa kamu dipanggil cinta monyet..adakah kerana sifat cinta itu sendiri..yang ber'gayut-gayut'an di awangan...adakah kerana sifat mereka yang didalam cinta itu sendiri..setiap orang mempunyai persepsi sendiri yang berlainan..tapi bagi saya, cinta monyet itu..seperti cinta di zaman muda,ketika diri belum lagi mengenali erti cinta itu yang sebenar..tidak semestinya pada zaman muda..kadang-kadang yang dah tua pun still tidak mengetahui akan cinta itu yang sebenar..tapi itu bukan ceritanya pada entry kali ini..Cik Shafinaz ni nak saya bercerita tentang cerita cinta 'monyet' saya pada zaman sekolah dahulu..itu yang dia nak.. : )
      Cerita cinta zaman sekolah..untuk pengetahuan pembaca blog saya..saya start suke-suke pada seseorang tu pada umur 12 tahun..waktu darjah 6 di SK Kanchong Darat..biasalah,apabila terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya. Bila orang lain ada awek,kamu pun nak la jugak merasa kan...terpengaruh punya pasal *padahal diri sendiri nak ada awek..jadi siapakah yang ingin dijadikan calon ini..huhu...ok..saya masih ingat lagi namanya.. Hazwani..thats the girl..nama cantik,orangnya mesti cantik kan...memang cantik pun...jadi bermula la kisah monyet ku ini...sebenarnya saya pun tak pernah jumpa Hazwani ni..mendengar cerita dari kawan-kawan..Hazwani masa tu darjah 5..kira saya ni senior la katakan...selepas itu mula la pasang angan-angan berkehendakkan si Hazwani ni..agak monyet simple kan? dengar nama dia..jumpa pun tidak..terus nak angkat jadi awek..sebab tu la saya cakap ni cinta monyet saya! :-p
     Yang paling saya ingat..adalah semasa saya hendak memperkenalkan diri saya pada dia..waktu tu dah nak abis sesi sekolah rendah,kira sebelum cuti la..waktu tu pengumuman keputusan peperiksaan UPSR di SKKD...saya dengan pengaruh kawan saya...cuba untuk menarik hati dia dengan memberikan hadiah di sambil memperkenalkan diri saya..cara kuno yang masih lagi digunakan di zaman moden ni..nak tahu apa hadiah yang saya nak berikan pada dia? hadiah yang simple..~sebatang pen~ pen jenis yang ada 3 kaler sekaligus tu la..ada kaler biru,hitam dan merah..ala..yang gemuk-gemuk sikit tu...hoho...dan yang bestnyer pen tu saya letakkan dalam sebuah kotak yang memang muat-muat ikut pen tu...dari penjuru kotak bahagian atas sebelah kanan membawa ke penjuru kotak bahagian bawah sebelah kiri...dapat bayangkan ?

+

     Dapat bayangkan? kira pen tu akan duduk melintang dalam kotak itu.yang bestnye, bila kamu goncang kotak tu pun..tetap takkan ada bunyi, sebab pen tu statik pada kedudukannya.. : ) 
     Jadi, minta tolong pada seorang kawan untuk berikan hadiah ini pada dia..kawan saya berikan kat awek dia,classmate Hazwani ini..kemudian,dengan perasaan bercelarunya bajet malu saya pun berlari terus ke kantin..tak ada pandang pun kelas dia,kawan dia yang tolong saya, kawan saya sendiri..entah ape yang saya fikir time tu pun..saya tak pasti..yang saya tau, saya terus berlari...so tragically confusing is it? mengarut-ngarut betul aku time muda-mudi dulu...ok..lepas dah hajat..jadi selepas itu assembly untuk pengumuman pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang UPSR..keputusan UPSR aku waktu itu..4 A jer..waktu tu,kalau dapat 5A memang kira dah tere la..sebab dulu kat sekolah rendah saya antara yang terbaik dalam daerah tempat tinggal saya..jadi kalau dapat 4 A tu kira otai la..tak silap waktu tu..cume 9 orang dapat 5 A dan dalam 14 orang dapat 4 A..segan jugak kot bila nama saya dipanggil ke depan bersama-sama top student waktu tu..tak ramai yang jangka nama aku naik,becoz saya kat claz second..tak silap saya dan kawan berdua sahaja dari kelas kedua yang mendapat keputusan cemerlang.. : )
     Selepas itu..tengah duduk kat dalam dewan,kawan saya bagi saya sesuatu..apa itu? kotak hadiah hazwani..erk! sentap kot..hadiah kembali pada pemberi..huwa... T_T sah2 la korang tau ape maksudnyer kan...REJECTED! aduhai..begini la nasib...jadi itu jela cerita cinta monyet saya..hadiah tu tak berbukak pun..mungkin sebab dia ingat kotak tu kosong kot..yerlah..goncang-goncang sekuat mane pun..senyap je kotak tu..pen tu statik dalam kotak! huhuhu...
     Cik Finaz swift...ini cerita saya untuk kamu...harap kamu puas hati la ek...go long and go curl : )








adakah kamu?

Posted Saturday, January 22, 2011 by Euforia Is


Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin, tolonglah bace ye..


1. Saya dah ter`jatuh’ hati kat dia lah… macamane ni?


“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu” Surah An-Nur: 32


"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu” Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas


“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya” 
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar


2. Tetapi saya tak cukup duit la nak kahwin..huhuhu +__+"


“Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya”.Surah An-Nur : 33


Rasulullah S.A.W bersabda : “Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu 
memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.


3. Memang saya tak cukup duit / tak mampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” pulak dengan org lain.…melepas lah saya nanti T_T"


Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah, dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." Surah Al-A’raf : 128


“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa” Surah Al-Hajj : 40


“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” Surah Al Insyirah : 5-6


Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sebagai jodoh kamu.. 


4. Tapi saya dah syok abesh la kat dia.. I can’t live without him/her..


“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, maka yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan” Surah An-Nur : 30


“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti  hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”Surah Al-Jatsiyah : 18


“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.Riwayat Bukhari


5. Alahai.. saya bercinta pun bukan selalu dapat jumpa dia.. kami duduk berjauhan.. dan kami tak pernah pun berdua-duan


“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk” Surah Al-Isra : 32


“Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat” Musnad Ahmad 


“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia” Riwayat Bukhari Muslim


6. Tapi saya bukan hensem/ cantik mana pun, sayapun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia
seorang je yang boleh terima saya..


“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36


“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi” Surah Az-Zukhruf : 12


“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan 
sayang” Surah Ar-Rum : 21




7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!


Abdullah Ibnu Mas’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang” 


Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin” Riwayat Ibnu Majah.


Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami


Kesimpulannya 


Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin… lepas kahwin nak layan sangat perasaan cinta dan kasih sayang itu tiada siapa nak halang..Kalau x mampu, tiada cara lain, didiklah diri agar nafsu itu tidak mempengaruhi diri ini.. berdoalah kepadaNya dan pintalah, kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat meminta pertolongan.. 


Tidak dinafikan, memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang bertaqwa. Silap2 kita 
masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita! Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI dan PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita..ingatlah, ’bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’…


setakat ini sahaja..semoga kita memperoleh sesuatu hari ini, dan mampu membentuk benteng kesedaran dalam diri kita semua agar menjadi dapat mendidik diri ke arah mendapat keredhaan dariNya..InsyaAllah =)
Posted Monday, January 17, 2011 by Euforia Is
lagu feveret sekarang....

I am not the kind of boy..
Who should be rudely barging in 
On a white veil occasion 
But you are not the kind of girl 
Who should be marrying the wrong boy........♥

post kali ni sambung tentang kesayanganku...



Ini adalah Miss Emma..gmbr diambil semasa cat show kat The Mall Disember lepas..
minta maaf la cik emma..sy terpakai flash la plak..tak perasan lak flash tu on..adoi..
kesian kamu kene flash henfon saya kan..smpi pejam mata kamu..
 ape2 pun kamu memang comel la~ hoho...
snap thiz cat picture becoz she reminds me of sumeone..name same..hoho..
kan ke bagus kalau kamu yang ader dalam box nieh..bleyh aku kaco kamo sentiase..
pastu kalau kamu ngamuk pun..kamu dalam cage,saya kat luar!! haha..
ader baeknya kamu dimuatkan bersama2 dengan si dia..
dia pun panas baran macam kamu..jadi padan la kamu kalau ader didalam..haha XD
ops! lupe nak bgtau...cik emma nie bukan kucing saya..bukan kucing kazen saya..saya tak kenal pon owner dia..sori ek..
mohon share gmbr kucing kamu yang comel ini..tq.. =)



ok moving on!! huu!! siapekah yang comel bangat nih !!! ~~~~!>
hoho..inilah phoebe d bubly..ataupun di panggil phoebe~ sangat2 comel kan??
kucing female ni memang agak garang dengan kucing lain..
sekarang dia dengan akak Maya kat johor..dah sah jadi bini Bubu dah pown...hoho...
more info check la kt FB..Arwen Daniels..err..links tak disediakan..
tak reti lagi nak wat..moga byk anak di sana ek phoebes!! we luv n misz u soo much...!! 
walaupun cume bersama wat seketika je dengan phebs tapi saya tetap gembira.. =)
waktu grooming kamu memang agak payah sikit ek .. hoho..
phoebe ni tak suke sgt dipegang..dia lagi suke jejalan sendiri..
hanya orang yang dia kenal je dapat pegang dia..dan cat lover la..
dia ni hissing bile nampak kucing female lain ek..hish! ape tgk2! phoebe tau la phoebe ni cantek!! kan? hoho ^.^
and that show phoebes dapat 3rd best domestic long hair female...
tahniah phoebes..lupe nk snap gambar rozet kamu la...ayayai~

luv u phoebes..jangan nakal2 kat Jb ok? =)

ni yang special in this post...hoho..
presenting..astrid n cebris!! ataupun kakak dan adik!! cube la teka mane akak mane adik?? hoho
comel kan diorg nih...sangat2 comel..ni stray cats je tau [kucing kampung]
bukan nak cakap ape..tapi kalau kucing kampung pun..kalau kite pandai bela..boleh jadi comel macam ni tau...
korang kagumi la sendiri..kucing ni Ej dan Ejam yang jaga dan bela diorg..
dan diorg pun ader masa cat show kat The Mall aritu...
kalau ader yang perasan..kakak dan adik diletakkan dalam satu cage yang sama...
dan ramai yang berkata "eeh!! kucing kembar!!" coz they look alike...
astrid berjaya dapat beberapa rozet hari itu..tahniah untuk astrid!! =)
tapi cebris takder rezeki..dun worry my dear..u akan dapat jugak nnti...
so gorgeous..so lovely... am i right? ^^

"Kawan"

Posted Saturday, January 15, 2011 by Euforia Is
Baru-baru ni aku di tag dalam facebook..
dari seorang gadis ini..
terima kasih byk2 utk dia..kerana ape? 
sila la baca sendiri ek..
terima kasih Normala Ahmad =)
sayang ko sangat2 la..

~ end ~

The little things give you away..

Posted Friday, January 14, 2011 by Euforia Is

Waters gray..
Through the windows, up the stairs
Chilling rain like an ocean everywhere
Don't want to reach for me, do you?
I mean nothing to you
The little things give you away
And now there will be no mistaking
The levees are breaking..

All you've ever wanted..
Was someone to truly look up to you
And seven feet underground, I do..
Hope decays and generations disappears
Washed away as everyones simply stares..

Don't want to reach for me, do you?
I mean nothing to you!
The little things give you away
But now there will be no mistaking
The levees are breaking and I'll be leaving..

All you've ever wanted
Was someone to truly look up to you
And seven feet underground, I do, now I do..
The little things give you away...
As I was leaving the road..looking up in sky..
Ignoring u behind me..
The road that you have taken..
Is a path that I can't follow..




10 ciri-ciri kita yang dah TUA!!

Posted Thursday, January 13, 2011 by Euforia Is
10 ciri2 kita dah TUA!!

Betul ke????

ade ke yg mcm ni....hoho..

1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr! !!! masuk.....!! !Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru masuk...

3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat- rapat, sekarang berlaga punggung
saja..... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...

5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama brand....sedondon. .. Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron tudung...pakai tudung.... Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu
je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy! !!
Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang...tunggu dlm
kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"

8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali..., sekarang, kalau dapat 12
bulan sekali pun kira hebat juga...

9. Dulu, menunggu pun dah keras.... sekarang, menunggu nak keras...

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn pakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka
juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?

haha...
sumber dari gempak.org

hari hari di Melaka..

Posted by Euforia Is
I read something from somewhere sounds something like this.."If u love someone,u always will...The choice is weather u fight 4 them or let them go.Make sure its the right choice though.Coz once they're gone,they're gone......"

jadi marilah bersama-sama kite tengok diri sendiri ...adakah anda membuat pilihan yang betul di dalam kehidupan anda...hoho..* cepat2 snap gmbar sendiri dengan gaya yang paling anggun!
hoho..
jadi..bermula la hari-hari di Melaka..semakin hari semakin matang dan berpengalaman di Hospital Melaka..dalam masa kurang seminggu..aku dah agak hafal keadaan di hospital melaka nih..kat mane klinik pakar..kat mane wad-wad..kat mane kecemasan..kat mane hospimart..cafe...kat mane tempat leyh ngular...kat mane port fogging...hoho..tapi aku tak smoke ekh..aku cume tau je kat mane port2 diorg..klu da berkepul2 asap tu mender la kan...takkan kebakaran kecil-kecilan dia hospital lak..hoho
ape2 pun..sy ucapkan terima kasih banyak2 kat reader sy paling setia..iaitu Leen Ismail!!
clap clap clap!! tepukan paling gemuruh utk kamu wahai Cik Leen..
 
jadi bagaimana plak keadaan di Melaka nie? 
macamna keadaan quarters..camne keadaan bilik?
malas nk tulis details..korang nilai la sendiri ek...
ini la flat tmpt kami duduk...Tgkat 3, Blok C, Quarters Klinik Cheng Melaka..
nih lak bilik aku..takleh la kate bilik coz aku bukannye dok kt dlm bilik pun..aku punye katil kat ruang tamu la pown...huhu..agak messy....

itu jela dulu update yang terupdate...laen2 lum ader mood nk wat agi...memula duduk reramai..pastu makin kurang..makin kurang..last2 tinggal la kami berdua sahaja yang duduk disini...kesian kan kami? huhu..menerima nasib yang ader... syukur alhamdulillah... =)

until next posting ...