dengan iringan hati yang berlalu..

Posted Saturday, July 23, 2011 by Euforia Is
Assalamualaikum..
kepada blogger2 tegar ..

kawan2..yang selalu update mahupun yang selalu membaca..sesungguhnyer aku amat2 berterima kasih kat korang yang jadi follower aku..even through segmens blog lain..atau pun utk tmbh kenalan..ape juga reason anda sume..sy sgt2 hargai coz anda sume menyokong bidang blog nie..tapi aku bukannye blogger,seriusly.aku juz tulis ape yang aku lalui dalam hidup aku seadanya,dari ape yang aku nampak dan dengar..penulisan aku tiada formal dan tiada apa2 info sangat pun untuk digunakan dalam ape jua yang anda hasilkan untuk blog anda..ianya hanya penulisan nyata dan emosi seorang penulis..

boleh lihat dan baca sendiri macamane intro dan isi yang berterabur di atas kan? nampak sangat tulisan hanya berdasarkan ape yang aku fikirkan.tapi tu terpulang pada kamu untuk membacanya,tiada paksaan.tidak semestinya entri baru itu kite perlu buat blogwalk kan..

jadi ini yang saya fikirkan pada pukul 3 pagi ini..24hb 7 2011..

buntu

one word
satu perkataan sahaja..

itu yang mampu saya katakan..
entri berakhir..







..




..
masih ada lagi..cume ingin memberhentikan kamu semua sebelum membaca entri aku nie..seriusly ini juz luahan kata hati aku untuk hari nie..
MASALAH
itu perkataan dan situasi yang paling kita taknak berlaku dalam hidup kita.tapi itu la yang perlu kita hadapi untuk terus hidup.dari masalah kita bina hidup yang lebih baik. contoh macam kerja aku la kan..tiap2 hari ade je masalah KESIHATAN baru yang datang,dan dari MASALAH itu juga,kami hasilkan satu PENGURUSAN bagi mengatasi masalah tersebut.dan tak mustahil juga masalah tu akan BERULANG kan? jadi sebelum berulang kite boleh CEGAH masalah tu.

keywords :
KESIHATAN
MASALAH
PENGURUSAN
BERULANG
CEGAH

lima keywords nie adalah untuk memberitahu korang..aku dah start kerja kat Hospital..
itu je ..kan aku da ckp..intro nie mengarut..jadi korang terkena lah kiranya..sorry la ek..

tak perlu la aku nak bagi nasihat yang korang akan endah tak endah pabila SAKIT kelak..
harap korang sentiasa SIHAT selalu..jangan la tak makan UBAT plak tau..tau la ubat tu kdg2 masam..kelat..kdg2 tak effect pun..tapi klu tak makan..lagi la teruk jadinya kan..

aku da start merapu..
entri nie disimpan semasa aku privatekan blog aku untuk tontonan umum..sebab ex girlfriend aku dan sekutu2nya suka sangat stalker..sampai ingat ape link blog aku..hebat kan? jejaka hot ke aku nie? terpulanglah...

intro entri yang merapu - 1
isi entri yang melalut - 2
ending entri tak berkaitan langsung - 3

aku da jumpe 3 sebab untuk aku closed blog nie.
sekian


Euforia
blog closed

jauh perjalanan...

Posted Thursday, July 7, 2011 by Euforia Is
Assalamualaikum..
Hari nie perjalanan jauh..
dari rumah aku banting..
ke seremban...
ke melaka..
ke durian tunggal...
haish..jauh la jugak..
lagi2 aku sorg jer yg drive..
macam2 urusan kene setelkan...
dengan medical checkup nyer..
urin testnyer..
x-ray nye lagi..
kene plak member aku sorg nie dah tak tahan..
aku cakap suruh tahan dulu..
degil..nak jugak lepaskan.
last2 bile time buat test..urin xde..
amik ko..terpaksa la bwk pegi mkn dulu..
pegi minum dulu..
rileks2 dulu..
baru lepas...
surat akuan sumpahnyer..
naseb baek pesuruhjaya sumpah tu friendly..
yela..hometown aku kan popular sebab kes susilawati tu..maka kecoh la kejap jadinya...
malam nie jejalan melaka..jadi sape ade berdekatan..meh la kite jumpe..huhu


Euforia
having fun also tired

via Samsung Galaxy S

Posted Monday, July 4, 2011 by Euforia Is
Assalamualaikum...
sebenarnya saje nk update ttg blog..becoz sejak da ade smart phone nie semuanye atas fingertip jerk..termasuk la facebook..blog..email n everything..
dengan samsung galaxy S sy nie..(kata2 mempromosikn hp sendiri) maka senangla sy nk update blog..huhu..gerenti byk cerita yg blh sy ceritakan pasnie..insyallah...



sy da dpt surat tawaran kerja KKM!
yesh..so lepas nie akan plan untuk gerak ke Melaka untuk buat medical checkup beserta surat akuan sumpah..uniform skali kot..anta kedai untuk jahit..
tak sabar nak bekerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan U29...
plan 2 hari kot utk wat medical checkup n surat akuan sumpah tu..tp xrisau sgt..coz bleyh mintak doctor yg kamcing masa praktikal dulu utk cepatkan proses..huhu..ttg surat akuan sumpah tu kejap je buat..xsusah pun..n mybe buat kad pengenalan baru skali kot coz yg lama..gmbar aku agak buruk..kadnye pun da agak lusuh..mmber aku azree mybe pegi skali..bleh la suruh dia wat dokumen perjlanan terhad utk ke srwak skali..manela tau kan..doa2kn la kami dpt kerja kat sana masa PPW nnti..
jadi itu shja utk update entri kali nie.. :->


Euforia
PPP U29

Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban

Posted by Euforia Is
Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban



Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.


Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).


Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung,“Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).


Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra.  berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).


Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).


Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).


Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).
Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.


Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:
Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).


Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.

Berkat Pengapit Pengantin

Posted by Euforia Is


Assalamualaikum..

huhu..
aku baru je jadi pengapit utk kawan aku last weekend 
kat Kg Paya, Layang-Layang, Johor
actually kawan satu batch..
dan boleh kata jadi pengapit terjun la jugak..
main tangkap muat je kowt..
at least flow majlis cantik!

maka nikmati lah..
gambar2 majlis yang ade nie ek..

Majlis Perkahwinan Ashykin Dan Nasaaie
Moga Kekal Bahagia Hingga Ke Anak Cucu


malam berinai 

pengapit lelaki agak selekeh..huuu T_T

kipas dan kipas dan kipas lagi..

ayah pengantin lelaki 
menunggu selesai akad..debarnya~!!
pelamin persandingan pengantin =)
pengantin serba putih..yang serba merah i punye..hhuhuu
kawan pengantin 
hantaran-hantaran..yang sempat di snap..

hensem tu..pengapit..haha XD
comelnyer...pengapit jugak!
disatukan selepas melepasi tol..adei...
 =) selamat bersanding..
sempat lagi landing jap..
makan beradab tu penting... =)
Selamat Pengantin Baru Nasaaie & Ashykin

tunggu ek..
lepas ni turn kami pulak =)
insyallah..



Euforia & Nawhen
tumpang berkat sebagai pengapit =)

sometimes u have to sit in the dark..

Posted by Euforia Is




sometimes you have to sit in the dark..
to see the lights in front of you..


Assalamualaikum..


kenapa saya kate begitu? 
sebab itu adalah salah satu cara kita nak lihat..
bagaimana kejamnya dunia nie..
bagaimana rupa sebenar seseorang itu..
kenape? 
meh kite baca cerita nie..


Situasi di sebuah rumah kampung..


"eh! mane pegi motorsikal kat umah nie?"
"bukan ke letak kt luar rumah nie?"
"mane pegi nye???"


kecoh satu isi rumah selepas balik bercuti..
motorsikal yang diletakkan di luar rumah sudah tiada.
dicuri
mula la sumpah seranah serta tuduh menuduh berlaku
disaat syaitan memainkan pernanan menumpah minyak 
pabila api sudah menyala
dan mula lah yang tidak bersalah menjadi mangsa


"ni mesti kerja ______ nie! "
"sape lagi kalau tak bukan dia!"
"memang!" tambah lagi seorang mengapi-api
"kan ke abg dia pun pinjam motorsikal anak kita nak pegi kerja!"
"bile dia tengok motor nie terletak dia pun rembat la,pastu jual!"


tengoklah..bagaimana syaitan tu dah menghasut minda kita semua
patutnya siasat dulu..lapor pada polis..nie tak..
orang tak bersalah menjadi mangsa..
sedangkan niat si mangsa meminjam motor adalah untuk bekerja..


"xboleh jadi nie..kite pegi umah bomoh malam nie jugak"
"bagus gak tu,kita mintak dia tunjukkan sape yang curi"
"kita balas je skali..senang..tengoklah..dasar tak sedar diri"


patut ke macam tu?
dah la tak siasat main tuduh begitu jer..lepas tu..
nak main bomoh2 pulak..
tak ingat ke kita nie ade Tuhan yang Maha Mengetahui?
Astagfirullah..


"ha..kamu nie,dok bercinta dengan adik dia..
ingat adik dia tu lawa sangat? baik sangat?"
"dah la dia tu ..... ^^^^^^^...... "


perkataan yang seterusnya diucapkan tak perlu la dinyatakan disini..


jadi ..
saya tak nak cakap ape2 la..
cuma sepatutnya kite nilai dan siasat dulu..
ape yang sebenarnya terjadi
ape yang perlu kita buat..
kan??






Euforia
sit in the dark