Munnafendy 1st GA

Posted Sunday, June 19, 2011 by Euforia Is

Cik Munnafendy 1st GA..

tujuan GA nie..
menceritakan apa yang menarik pada blog saya yang membuatkan follower cik Munna nie nak follow saya plak..
erk..
blog saya takde ape yang menarik..
just penulisan saya yang boleh kata agak emosional..
agak teorikal..agak medikal..
tapi pendapat tentang blog yang menarik nie..tak dapat saya cakap banyak..
penulisan di blog ni sekadar untuk berkongsi apa yang saya ada dan alami..
harapannye memberi sedikit ilmu dan idea untuk kamu semua..

tags :

 Tarikh tutup 30 Jun 2011.


Euforia
Miss Munna,tq. 

AYAH ,JASAMU ABADI DI HATI INI

Posted by Euforia Is

Segmen Khas Hari Bapa 2011

jadi nie join segmen abg ben setelah dah lama tak join..
here goes..

kongsi bagaimana arwah abah saya mendidik saya dari kecil smpai besar..
ish..banyak sangat..
tak dapat ceritakan semuanya..
memang takkan dapat..
untuk pengetahuan pembaca semua..
hari bapa nie juga..merupakan hari lahir arwah abah saya..
jadi ianya merupakan hari yang sangat2 istimewa untuk saya...

abah..tak dpat nak dikatakan betapa beruntungnya saya
menjadi anak abah..menjadi anak lelaki pertama abah..
harapan abah untuk keluarga..
abah dah cukup didik kami adik beradik..
tapi kitorang yg agak degil..
biaselah kalau dah dewasa..tapi..
nak abah tau..kami tetap sayangkan abah dan mak..
ape2 kami buat kami akan bincang dan bgtau kat abah..
sebab kami tau abah blh bagi keputusan yang terbaik..
dan lebih baik dari ape yang kami buat...

abah tak pernah memilih kasih..setiap adik dan kakak semuanya menerima kasih sayang yang setara..tak lebih dan kurang..
abah sentiasa utamakan kami lebih dari diri sendiri..
abah takde baju raya..tapi adik beradik semua berbaju raya baru..
kesian kat abah..tapi untuk anak2..abah sanggup berkorban..
sebab tu saya tak nak berkira dengan abah..
ape abah nak..kami cuba tunaikan...

terima kasih jugak kat abah..
sebab lempang saya dengan sekuat hati...
bila saya degil dan tak ikut cakap abah..
dari situ saya ingat dan terus ingat..
ape yang saya lakukan..semua akan mengingatkan akan kesan setiap perbuatan itu...terima kasih banyak2 abah..

tak ternilai jasa2 abah ..
tak dpat kami nak balas jasa2 abah..

pengorbanan yang paling tak dapat lupakan..
adalah bila abah menjadi..abah kami..
setiap detik n saat adalah pengorbanan abah pada kami..
terima kasih abah..

ucapan untuk ayah saya dan semua ayah..

terima kasih..
pengorbanan mu tak dapat kami balas..
dan kami hargai sangat2..
sayangi abah..


T__T
Euforia
Al-Fatihah untuk arwah abah tersayang..


3 tahun berakhir sudah... II

Posted Friday, June 17, 2011 by Euforia Is
episod 2..

sebab cerita 3 tahun tak mungkin
akan muat dalam satu penulisan
dan takkan abis di baca dalam satu karangan
kan?

jadi setelah orientasi berakhir...
kelas dan seterus2 nya..

dan abis la sudah 3 tahun di Seremban 
saya bukan student lagi ek..
saya bakal penjawat awam..
di Kementerian Kesihatan

jadi minggu induksi menjadi pengakhir bagi 3 tahun bersama2
114 rakan
114 kepala tapi satu hati
dan kumpulan kami antara salah satu kumpulan yang terbaik
kumpulan yang menaikkan nama kolej
dengan keputusan peperiksaan yang sentiasa tip top
dan dengan keputusan satu kumpulan yang sangat berani 
dalam menegakkan kebenaran

nantikan kami di hospital-hospital besar berhampiran anda..
jika ada ternampak..
Penolong Pegawai Perubatan..
tanye mereka..kumpulan mane..dan dari kolej mana..


Euforia
73

3 tahun berakhir sudah...

Posted by Euforia Is

gembira..sedih..
dan macam2 perasaan lagi..

Assalamualaikum wbt..
saya Euforia
menulis lagi entri 

3 tahun adalah masa kami..
masa yang diperuntukkan untuk melatih kami untuk menjadi seorang
Penolong Pegawai Perubatan 
yang berintergriti,berwawasan,berilmu dan berkepimpinan..
dan dalam 3 tahun tu jugak la..
bermacam2 jenis pengalaman di alami oleh kami..
pelatih2 di kolej sains kesihatan bersekutu..
dari kelas ke praktikal

sebelum kelas bermula..
adanya orientasi ..
dan semasa dalam orientasi..
aku melalui tahap kesedaran fizikal dan mental..
dimana aku di kerah seluruh keringat untuk memenuhi kehendak mereka..
di denda dan di tegur dengan penuh sopan oleh fasi2 n pengajar..
nak ceritakan semua mmg la tak muat entri nie..
jadi akan ade entri yg seterusnya..

tapi paling bermakna..
majlis penutup orientasi dikendalikan oleh kami sendiri..
mendapat pujian dari pengajar,fasi2 dan pengarah kolej sendiri..
dan kekal menjadi "role model" untuk kumpulan2 lain..
itulah maksud kejayaan bagi aku..


next

Euforia
73





1ST GIVEAWAY LANA!

Posted Monday, June 13, 2011 by Euforia Is


1ST GIVEAWAY LANA!

2. Dalam entry tu, buat 2 perkara ni:

i)Tampal/lekat/copy paste header lana (Welcome to Lana's World) spt diatas tu.

done 

ii)Tag minimum 2 blogger lain, sebarkan tentang kewujudan 1st GA lana ni pada mereka.


done
3. Jadi follower Lana

Good Luck!

TARIKH TUTUP: RABU - 15/6/2011 - 6 PETANG

HADIAH?
1. Tempat pertama bakal menerima seketol produk NIVEA Hand-Age Defying Q10 Plus Creme (100ml)
2. Tempat kedua bakal menerima secoet produk NIVEA Hand-Age Defying Q10 Plus Creme (30ml)
3. Yang tak bertempat pula bakal ditempatkan dalam senarai bloglist lana yang baru. 

----

segmen dari Cik Lana utk semua...
jangan pentingkan hadiah..
pentingkan rakan-rakan blogger baru yg boleh kite dapat dari segmen nie..

=)



bile dah stress...kursus induksi

Posted Thursday, June 9, 2011 by Euforia Is

bile diri dah stress..

ape yang kamu rasa?
ape yang kamu nak buat?

haish!!
aku sekarang sangat2 tensen..
aku tengah kursus induksi..
sangat penat ok..
name je kursus induksi..
dulu kursus nie sebulan,atau 3 minggu atau 2 minggu..
sekarang da di kurangkn kepada 1minggu..

lagi kurang lagi bagus?
silap la..
makin padat jadual..
tak percaye..?
aku bg contoh jadual sehari la ek..

7.30am - 8.00am -: perhimpunan pagi
8.00am - 1.00pm : ceramah kursus
1.00pm - 2.00pm : rehat
2.00pm - 5.00pm : ceramah kursus
5.30pm - 6.30pm : riadah
8.00pm - 11.00pm : ceramah kursus / latihan dalam kursus

simple kan?
sangat la simple..bagi korang la..
bagi bakal penjawat awam nie..
memang agak stress..
kenape?
cube bayangkan anda akan menghadapi kursus induksi ek..
yang kursus aku nie sebab aku nie pelatih,
belum kerja..sebab tu pihak kementerian kesihatan kaji semula..
dan rombak balik jadual kursus induksi bagi kami nie..
hanya seminggu sahaja..

jadi nie la situasi yang akan di alami..
start memang pukul 7.30am..
tapi mesti bangun kul 6.30am plg lewat..
solat subuh..
then kol 7 pagi kene ade kat dewan..
7 pagi ok..bukan 7.30pg..
plg lewat 7.15pg la.. disiplin sgt ditekankn..

perhimpunan pagi :
set AV kene siap,beratur dalam barisan mengikut kumpulan..
ok..ucapan pengacara majlis,bacaan ikrar rukun negara..
nyanyian lagu patriotik
pengucapan awam 

kesemua di atas diuruskan oleh peserta ok..jadi kamu la..

ceramah kursus pula...
bergantung pada tajuk dan penceramah..
dan seperti biase..kamu la pengacara majlis,ajk jamuan,
ajk dewan,kebersihan,dan lain-lain lagi yang berkenaan..
dari kol 8 pagi sampai la pukul 1 petang..
tiada waktu minum pukul 10 pagi ek..
hanya mengikut timbang rasa dan perancangan fasilitator..
kalau ade,adela...

waktu rehat no komen..
paham2 la..sempat la kan..nak balik hostel..
nak makan..solat..baring2 ke..
kalau sempat la semua tu..

petang sambung lagi aktiviti ceramah kursus...
pastu riadah lagi..
...
dan sebelah malam ade sambungan ceramah kursus atau latihan dalam kursus..
termasuk la aktiviti berkumpulan...
pukul 11 malam tu kira awal la lagi..
dan kene la beringat..
pada akhir kursus..ade event..
jamuan akhir induksi..
kamu kene plan utk majlis rasmi tersebut..
dan persembahan lagi klu ade..
serta pelbagai2 lagi..

tak penat ke?
tak stress?

aku tulis blog nie sebab aku stress sebenarnya..
so biarla aku luah kan kat sini..
cara2 meluahkan stress paling efektif..

aku stress sbb dalam aktiviti kumpulan..
kumpulan aku masih lagi dalam kedudukan tercorot..
dan kumpulan tercorot akan di denda..
ade 10 kumpulan..dan aku antara 3 kumpulan yg masih markah kosong..
tensen tak?

laporan individu..aku tak risau..
sangat yakin markah aku seperti orang lain..
dan aku dah mengembleng tenaga untuk jayakan tugas kumpulan aku,iaitu handle bahagian penceramah..dan menolong kumpulan2 lain melakukan tugas yang lain seperti AVA,Jamuan,badan induk dan sebagainya..
hopefully markah kumpulan aku..
akan naek..aku akan cuba elakkan denda..
sangat2 stress tadi..

aktiviti kumpulan malam nie..
aku tak join..
dan kumpulan aku..tidak bernasib baik..kalah peringkat awal..
jadi tiada markah..
bukannye takde kerjasama dalam kumpulan..
tapi tulah..
aku stress sgt2 bila tak dapat membantu kumpulan aku..
dan aku agak stress bile ahli kumpulan aku..kalah...
STRESS!!! 
terus terang la..aku da try wat yg terbaik utk group aku..
ade urutan kerja mengikut penceramah dan masa tapi aku tak kesah semua tu..aku buat kesemuanya..mane yang aku boleh tolong,aku tlg buat..walaupun kumpulan lain..

harap2 la kumpulan aku tak kalah hari nie..
sangat2 berharap...
walaupun atas kesilapan orang lain..tapi jangan la..
mintak di jauhkan!!
doakan aku n kumpulan aku tak kene denda ok..


Euforia
stressed to kill!


what to do now?

Posted Sunday, June 5, 2011 by Euforia Is

its a silly thing to say
yet it always the things that we do say a lot

and why did i said it?

because ...

i'm out of ideas to write a post in my blog..
completely zero..


Euforia
still in 0 mood