~ Panduan Untuk Bercinta dan Menawan Hati yang Dicintai ~

Posted Friday, December 31, 2010 by Euforia Is
kuiz untuk seseorang yang kamu cintai..cube la try..hantar jawapan --> PM kt FB..
[yela takkan korang nak jawapan tu secret kan..for me..its a secret between us =)]

1. Seseorang itu seharusnya lebih bersopan-santun terhadap kekasihnya berbanding dengan lain.

A) Ya                      B) Tidak

2. Secara keseluruhannya, mengikut tradisi, mengikut kebiasaan yang telah berzaman, peranan yang harus dipegang oleh pasangan kekasih adalah : jejaka sebagai yang berkuasa dan gadis sebagai yang ditakluk.

A) Ya                      B) Tidak

3. Ketika berada bersama kekasihnya, salah seorang melihat (gadis melihat jejaka lain atau jejaka melihat gadis lain) yang menarik. Patutkah ia berdiam diri saja walaupun rasa ingin menyatakan kekagumannya mendesak?
              
A) Ya                      B) Tidak

4. Kehendak romantik dalam bercinta hendaklah dipenuhi sesempurna-sempurnanya agar seseorang tidak dianggap kolot atau ketinggalan zaman.

A) Ya                      B) Tidak

5. Jika benar-benar sedang bercinta, sesorang itu hendaklah (pilih salah satu berikut ini):

A) Berusah sedayanya untuk mengingati dengan lancar ungkapan-ungkapan cinta dari buku-buku sastera, dengan demikian ia boleh mengulang kembali untuk ditujukan kepada yang dikasihi.

B) Berusaha sedayanya megutip ungkapan-ungkapan dari kisah-kisah cinta di majalah-majalah kerana ini lebih mengikut peredaran zaman dan tidak membosankan.

C) Cuba mendapatkan rangkapan-rangkapan surat-surat cinta orang-orang masyhur dari riwayat-riwayat hidup, perpustakaan dan sebagainya.

D) Tidak ambil pusing dengan ungkapan-ungkapan atau rangkapan cinta yang indah.

6. Seseorang itu hendaklah lebih bertimbang rasa atau merenggangkan kekasihnya daripada orang lain.

A) Ya                       B) Tidak

7. Seseorang yang sedang bercinta hendaklah mengambil berat mengenai kebersihan, nafas yang tidak berbau atau apa saja yang seumpamanya sebelum menemui kekasihnya.

A) Ya                      B) Tidak

8. Cara menyampaikan belai kasih seseorang itu hendaklah secara sederhana mengikut rentak kekasihnya agar kekasihnya tidak terkejut.

A) Ya                     B) Tidak

9. Sepasang merpati yang sedang bercinta masing-masing hendaklah merasakan persoalan mereka saja yang paling penting dan percakapan hendaklah mengenai soal cinta serta persoalan mereka saja.

A) Ya                     B) Tidak

10. Adalah tidak melanggar bagi seorang gadis membuka suara lebih dahulu terhadap jejaka yang menariknya atau terhadap jejaka yang dicintainya.

A) Ya                     B) Tidak

11. Tidak lebih dari 30 perkataan tulislah bagaiman anda merayu meminta kekasih anda memesrai anda :

________________________________________________________________________________________________________________________________________________

12. Jika seseorang itu dapat mengawal dirinya dan tidak pandai menggayakan gerak geri ketika berhadapan dengan orang yang tidak sama dengan jantinanya, apabila ia bercengkerama maka ia merupakan orang yang tidak kaku.

A) Ya                      B) Tidak

13. Dalam sebuah majlis, seorang gadis bertemu dengan seorang jejaka yang sangat menarik. Seminggu kemudian gadis itu menelefon jejaka tersebut dan menyatakan ia ingin bertemu dengan jejaka itu atau memberi tanda-tanda dia ingin bertemu.

A) Si jejaka itu akan memandang sikap gadis itu tidak senonoh.                  Ya    /     Tidak
B) Anda memandang sikap gadis itu sumbang                                       Ya      /    Tidak
C) Tindakan gadis itu tidak cermat kerana mungkin si jejaka itu akan menganggapnya lancang. Sebaiknya gadis tersebut tidak berbuat demikian agar maruahnya tidak dipandang rendah.        Ya     /   Tidak

14. Ada gadis/jejaka yang suka berkepit-kepit, ada pula yang lebih senang hanya berbimbing tangan. Patutkah seseorang itu berusaha memenuhi kehendak-kehendak tersebut?

A) Ya                      B) Tidak

15. Cara bermesra seseorang itu sebaiknya jangan terlampau melampaui batas, walaupun kadang –kadang sikap seperti itu mungkin akan mengecewakan kekasihnya.

A) Ya                      B) Tidak

16. Seseorang yang mencintai seseorang seharusnya menyatakan isi hatinya dan berterus terang, daripada hanya melalui pemberian hadiah, kata-kata kiasan dan sebagainya.

A) Ya                      B) Tidak

17. Apabila cinta sejati telah meresap ke dalam kalbu sepasang remaja, maka dengan sendirinya mereka harus tabah tidak memerlukan rangsangan-rangsangan atau daya untuk tarik menarik.

A) Ya                     B) Tidak

18. Untuk merangsangkan cinta sejati cara yang paling baik barangkali tanpa menggunakan segala macam seni berkasih sayang malah jika mungkin tanpa langkah-langkah yang menggoda. Bagiamanpun agar api cinta itu sentiasa membara hangat mengikut adat orang bercinta maka seharusnya segala seni dan moral berkasih sayang dilakukan.

A) Ya                     B) Tidak

19. Andaikata seseorang itu tidak cukup wang untuk mengadakan hadiah-hadiah bagi kekasihnya,patutkah dia (pilih salah satu):

A) Tidak membeli sebarang hadiah
B) Membeli hadiah seperti pakaian, kasut, sapu tangan, baju atau sebagainya.
C) Membeli bunga-bunga atau perhiasan yang kecil-kecil sekali-sekala.

20. Cinta yang romantik seperti yang banyak terdengar di dalam lirik lagu-lagu adalah cinta untuk pasangan yang suka berkhayal dan yang tidak praktikal, malah tidak sesuai untuk mereka yang bersemangat dalam hidup.

A) Ya                     B) Tidak

take your time in answering them...its quite tricky..i'll provide the answers later.. =)

SOAL SELIDIK SKALA PERCINTAAN

Posted by Euforia Is

kuiz untuk seseorang yang kamu cintai..cube la try..hantar jawapan --> PM kat FB..
[ yela takkan korang nak jawapan tu secret kan..for me..its a secret between us =) ]




SOAL SELIDIK SKALA PERCINTAAN
benar @ tidak sahaja =)
PERNYATAAN

  1. Saya percaya bahawa cinta pandang pertama adalah suatu perkara yang mungkin terjadi.

  1. Saya tidak menyedari yang saya sedang berada dalam alam percintaan sehinggalah saya benar-benar mengalaminya untuk beberapa ketika.

  1. Saya merasa susah hati apabila menyedari perhubungan kami tidak semesra seperti sebelumnaya.

  1. Dari sudut praktisnya, saya semestinyalah memikirkan apa yang dilakukan oleh seseorang itu untuk menjamin masa depannya sebelum saya menyintai dirinya.

  1. Anda tidak boleh dikatakan bercinta sekiranya anda tidak mengambil tahu akan diri teman anda itu.

  1. Adalah penting untuk menimbulakan perasaan sangsi dihati kekasih tentang sejauh mana penglibatan cinta anda terhadapnya.

  1. Alat kelamin saya member gerak balas (berair, tegak-keras) apabila kami bercium atau bergesel pipi untuk pertama kalinya.

  1. Mereka yang pernah saya cintai masih mempunyai hubungan persahabatan yang baik dengan saya.

  1. Amat baik merancang masa depan anda dengan teliti sebelum anda memilih kekasih hati.

  1. Cengkaman kepiluan akibat gagal dalam percintaan menyebabkan saya terfikir untuk membunuh diri.

  1. Kadangkala saya merasa terlalu seronok dan ghairah mengenai percintaan saya sehingga saya tidak boleh tidur.

  1. Saya rela menanggung segala kesusahan asalkan kekasih saya tidak mengalaminya.

  1. Saya cuba menggunakan kekuatan yang ada pada diri sendiri saya untuk menyelesaikan sesuatu kesulitan yang timbul walaupun mengenai kelakuan yang dikira tolol.

  1. Sebahagian daripada keseronokan cinta ialah menguji kemahiran seseorang itu untuk menguatkan perhubungan cintanya dan pada masa yang sama mendapatkan apa-apa yang dikehendaki daripada perhubungan cinta ini.

  1. Berkaitan dengan kekasih saya, apa rahsia saya yang tidak diketahuinya tidak akan menyakitka hatinya / perasaannya.

  1. Adalah baik menyintai sesorang yang mempunyai latar belakang yang sama.

  1. Kami bercium sebaik sahaja bertemu kerana kedua-duanya mahu melakukan perkara yang sedemikian.

  1. Hati saya menjadi kurang senang apabila kekasih hati tidak diutamakan daripada diri sendiri.

  1. Saya bagaikan tidak gembira seandainya kesenangan kekasih hati tidak diutamakan daripada diri sendiri.

  1. Pada kebiasaannya perkataan utama yang menyebabkan say meminati seseorang itu adalah kerana daya tarikan sifat-sifat fizikal yang dimiliki oleh orang itu.

  1. Cinta yang paling baik akan lahir menerus persahabatan yang agak lama.

  1. Apabila saya sedang berada dalam alam percintaan menyebabkan saya tidak boleh menumpukan perhatian kepada kerja-kerja lain

  1. Pada sentuhan tangan yang pertama, saya telah memikirkan yang saya berkemungkinan untuk menyintai.

  1. Apabila cinta kami putus saya akan memastikan yang dirinya berada di dalam keadaan yang menyenangkan.

  1. Saya tidak senang duduk jika saya akan mendapati dia mempunyai kekasih lain.

  1. Saya pernah sekurang-kurangnya sekali merancangkan dengan telitinya supaya kedua-dua kekasih tidak mengetahui antara satu dengan lain mengenai perhubungan cinta saya dan mereka.

  1. Saya dengan mudah dan cepat dapat melupakan kisah cinta yang sedang saya lalui.

  1. Pertimbangan utama yang perlu diberikan apabila memilih kekasih hati ialah kesan yang akan timbul terhadap keluarga anda.

  1. Hidup bersama berganding bahu dalam soal rumahtangga dan sama-sama mendidik anak-anak adalah bahagian yang cukup indah kalau dibayangkan semasa bercinta.

  1. Saya selalu sedia mengorbankan kehendak hati saya asalkan kekasih saya berjaya mendapatkan apa yang dihajati.

  1. Pertimbangan utama yang patut diberikan ketika memilih teman hidup ialah apakah dianya boleh menjadi ibu bapa yang baik.

  1. Ciuman, perlukan dan soal seks akan berlaku secara semulajadi setelah kemesraan terjalin dan bukannya dilakukan dengan sikap yang terburu-buru.

  1. Sungguh nikmat bermain cinta dengan orang yang boleh menawan hati.

  1. Kekasih saya akan merasa kecil hati kalay ia tahu tentang beberapa perkara yang telah saya lakukan dengan orang lain.

  1. Saya seharusnya mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kekasih hati sebelum menjerumuskan diri di dalam percintaan.

  1. Jika kekasih saya mempunyai anak dengan orang lain, saya akan mendidik, menjaga dan menyayanginya seperti anak sendiri.

  1. Adalah terlalu sukar untuk menyatakan bilakah kami jatuh cinta.

  1. Saya tidak menyintai seseorang itu dengan sepenuhnya sekiranya saya tidak mempunyai niat buruk untuk berkahwin.

  1. Saya cuba menghindarkan perasaan cemburu tetapi tidak berjaya apabila kekasih hati menaruh cinta kepada orang lain.

  1. Saya rela memutuskan cinta kami asalkan dia beroleh kejayaan yang dikejarkannya.
  1. Saya suka mempunyai minat yang sama dengan kekasih saya megenai pakaian, hobi, kereta dan lain-lainnya.
  1. Saya tidak akan pergi dating dengan seseorang itu jika saya enggan menyintainya.
  1. Peristiwa luka lama berdarah kembali sekurang-kurang berlaku sekali dalam hidup saya apabila bertemu dengannya semula.
  1. Kekasih saya boleh menggunakan semua barang-barang milik mengikut sesuka pilihan hatinya.

  1. Saya benar-benar melakukan kerja yang dianggap bodoh untuk menarik perhatian kekasih saya jika dia tidak memperdulikan saya walaupun bagi tempoh sekejap saja.

  1. Sungguh seronok rasanya berdampingan dengan sesiapa sahaja walaupun saya tidak mempunyai niat untuk bercinta dengannya.

  1. Pertimbangan utama ketika memilih teman hidup ialah kesannya terhadap kerjaya anda.

  1. Apabila kekasih saya tidak berjumpa atau menelefon saya untuk beberapa ketika, saya andaikan ia mempunyai sebab-sebab yang baik kenapa ia berbuat demikian.

  1. Sebelum benar-benar berkasih dengan seseorang itu, saya akan mengkaji kesesuaian latar belakang kebakaannya dengan saya andainya kami ditakdirkan mempunyai cahayamata pada suatu hari nanti.

  1. Perhubungan cinta yang sejati ialah hubungan yang bakal melalui tempoh yang paling panjang.
‘TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA’

~ 2011 ~

Posted by Euforia Is
Happy new year !!!
Good Bye 2010 !!!
Welcome 2011 !!!
Byk perkara berlaku dalam 2010..dan kebanyakkan diselitkan dengan peristiwa-peristiwa yang kite akan sentiase kenang dan jadikan ia sebagai satu lagi snapshot dalam kenangan kita..
hu?? aku tak gi celebrate ke? takkan celebrate depan laptop kot? hoho...
klu da menulis blog nie kerjanya malam new year 2011 nih..mmg takder pegi   celebrate la jawabnyer..celebrate depan laptop..dengan kawan2 di FB...tu jela kerja aku time new year nie..lagipun..ini tahun ape..klu ikutkan sambut tahun maal hijrah lagi bagus..tapi ini jadi ikutan..so follow n consider whats best for u =)

bila tahun baru je orang akan tanyer..apa azam baru tahun 2011?
macamana azam tahun 2010,tercapai tak?
azam : matlamat [bagi aku la]
so macamane dengan korang..matlamat hidup utk tahun tu la katakan,bagaimana? adakah telah tercapai utk tahun 2010?
azam aku utk 2010 : 4 Flat...
huhu..tapi tak tercapai..sedihnyer..plg tinggi pun dapat 3.92 n 3.63...
agak sedih..tapi tu je rezeki aku..so aku kene try lagi 2011 nih..tempoh percubaan adalah selama 6 bulan jer..pastu abes...hoho XD yela..tinggal 6 bulan je lagi..pastu aku dah takder agi nk 4 flat,4 flatnyer...da abes kolej dah pown..hoho...jadi..ape plak azam 2011?
azam tahun 2011 : 4 Flat n Make my mom happy~
dua bende je aku minta...tu jer...harap2 tercapaila..amin.. =)
sekarang dah tahun baru...result pon kene la baru..aku nk gak skali merasa 4 flat..tak dpt pown,aku redha jer..tp insyallah tahun nie last sem bagi la result tu gempak,yer tak? huhu..

tahun 2010 merupakan tahun kesedihan bagi aku..kenapa?
sebab tahun 2010..aku kehilangan atuk n abah tercinta.. Al-fatihah..mereka pergi meninggalkan aku..aku dah tabah menghadapinya..tapi setiap kali aku teringat arwah abah aku..air mata akan sentiasa berlinang di mata..abah yg tercinta.. Alias Bin Hassan.. abah dah byk ajar aku mcm2..dari segi hidup..dari segi segala2nya la..aku anak abah..lagi la sgt2 terasa..abah da bg aku byk sgt2..aku tak dpt balas ape yg abah bagi kat aku..tu yang sedih..aku nak sangat tgk family aku happy2 sentiasa..even its cost me everything..tak perlu gmbr utk di upload..sebab gambaran abah sentiasa ader di dalam fikiran aku..ish..nk menulis ni pown dah nak meleleh...T_T...abah..terima kasih.. [terpasang lak lagu slow emotion..ayayai..piano lak tuh.. bertmbah la nk meleleh.. T__T ]

jadi bye2 2010...selamat datang 2011... =)

Lebih Panjang Dan Lain-Lain

Posted by Euforia Is
Suatu hari Rasulullah s.a.w. menghantar jenazah seorang sahabat sampai ke kubur. Apabila Baginda kembali, beliau singgah sebentar untuk menghibur dan menenangkan keluarga almarhum supaya tetap sabar dan tawakkal menerima musibah itu.

Kemudian, Rasulullah s.a.w. berkata, "Tidakkah Allahyarham mengucapkan wasiat sebelum wafatnya?"

Si balu menjawab, "Aku mendengar dia mengatakan sesuatu di antara dengkur nafasnya yang tersengal-sengal menjelang ajal."

"Apa yang dikatanya?"

"Aku tak tahu, ya Rasulullah, apakah ucapannya itu sekadar rintihan sebelum mati, atau pekikan pedih kerana dahsyatnya Sakaratul Maut. Cuma, ucapannya memang payah difahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong."

"Bagaimana bunyinya?" desak Rasulullah s.a.w..

"Dia mengatakan andai kata lebih panjang lagi, andai kata masih baru, andai kata semuanya…, hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya.

Rasulullah s.a.w. tersenyum.

"Sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru. Suatu dia sedang bergegas untuk ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat. Di tengah jalan, dia berjumpa dengan seorang buta dengan tujuan yang sama. Maka, suamimu memimpinnya hingga sampai ke masjid. Tatkala, hendak menghembuskan nafas penghabisan, dia menyaksikan pahala amal solehnya itu, lalu dia pun berkata, "Andainya lebih panjang lagi." Maksudnya, andai lebih panjang lagi, pasti pahalanya lebih besar pula."

"Ucapan lainnya Ya Rasulullah?" Tanya si isteri mulai tertarik.

Rasulullah s.a.w. menjawab, "Adapun ucapan yang kedua dikatakannya,ketika dia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu dia pergi ke masjid pagi-pagi, sedangkan cuaca dingin sekali, di tepi jalan dia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu membawa sebuah mantel baru, selain yang dipakainya. Maka, dia mengambil mantelnya yang lama, diberikan kepada lelaki itu. Dan mengambil mantelnya yang baru lalu dikenakan pada badannya sendiri. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga dia pun menyesal dan berkata, "

Cuba andaikan yang kuberikan padanya bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi." Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya.

"Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya ya Rasulullah?" Tanya si isteri semakin hendak tahu.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan, "Ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Engkau menghidangkan roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, tatkala hendak dimakannya, tiba-tiba seorang musafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membahagikan rotimu menjadi dua potong, yang sebelah diberikan kepada musafir itu. Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak, dia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu. Kerananya, dia pun menyesal dan berkata, " Kalau aku tahu begini hasilnya, musafir itu tidak aku berikan separuh. Sebab andai kata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda."

Maksud Ayat 110 Surah al-Baqarah;

" Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Moral: "Hakikatnya, memang itulah keadilan Alllah. Kalau kita berbuat baik, sebetulnya kita berbuat baik kepada diri kita sendiri. Dan kalau kita berbuat jahat, sebetulnya kita telah berbuat jahat kepada atas diri kita sendiri pula."

Renungan..Hari Kiamat..Sudah bersediakah kamu?

Posted by Euforia Is
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya s...eperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain



aku belum bersedia..seriusly.. T__T"

9 in 1 ?

Posted Saturday, December 25, 2010 by Euforia Is
Sembilan dalam satu? Ape tu? Ape yg aku mengarut nie? Ape kebende sembilan dalam 1 ni? Brape banyak tanda soal aku nk letak ni? 
Kesemua persoalan ini akan terjawab sekiranya anda terus setia menyetiakan diri anda membaca blog ini..ianya bukan sesuatu yang paranormal,bukan sesuatu yg halusinasi ataupun anda bukan sedang mengalami delusi. Nak tahu ape sebenarnya yang saya maksudkan? Huhu...ayat saje-saje gempak tapi sebenarnya its nothing...hoho~ korang kene mukadimah paling mengarut dalam blog nie..dahlah mengarut,panjang plak tu..kesian korang kan..biarkan..korang nak ikut kan blog nie..so korang kene la baca..coz aku nk story ape yg jadi pada diri ku sepanjang masa 9 hari sebelum hari ini...biarla kali ni post paling panjang asalkn korang pun puas membaca..itu yg korang nak kan..even the story is somewhat ridiculous n not entertaining,it is somehow shows what i have done with my time in this small world..

Si ‘Dia’ ??

Kisah bermula pada hari khamis malam.aku dah bersiap-siap,tengah membelai-belai..uikz! jangan fikir lain..aku tengah membelai kucing la..*sangat suke kucing J actually hari ni aku n kazen aku si Ejam tengah menunggu Ej (Hafizul) n Is (Iskandar) dari Perak,diorg nak amik kitorang n then akan ke Cheras..huhu..panjang kan? Story agak berbelit..korang yang terlibat sah-sah tak faham tah ape aku cakap..biarla..korang baca la aku mengarut banyak-banyak nie..lagi elok mengarut dari mencarut kan..ok macamnie..sebenarnya Ejam n Ej ader masukkan kucing-kucing mereka ke Cat Show di The Mall,KL (actual location unknown,aku bukan dak KL pown L) seramai 5 ekor kucing masuk iaitu Prince Zuko, Ephesus The Merlinean, Phoebe De Bubly, Astrid dan Cebris (the Sisters). Cat show HHP(ape kejadah HHP aku pun taktau..tapi senang kata kucing biase-biase bukan pedigree) so dari boring duduk kat umah je aku pun pegi la ke Cheras tu dengan Ejam,bile lagi nak pegi KL ye tak? Saje pegi awal coz nak gak tengok-tengok KL ape cer~ (*rusa masuk bandar) dari situ la aku berjumpe dengan Ejay,Ena and Arwen Daniel (Kak Maya). Diorang ni cat lover/owner and diorg pun ader bawak masuk gak kucing-kucing diorg dalam cat show di The Mall hari Ahad (19/12/10)..kucing-kucing diorang sangat gorgeous..memang diorang jaga gile-gile la kucings mereka..Kak Maya pun sanggup datang dari Johor ke KL untuk show nie..(jauh tu~) 

Ha~! Yang aku nak story sebenarnya happens at the night of the event..malam Sabtu tu la (18/12),geng aku berenam dalam satu kereta..(yes,6 persons inside 1 car) ke area PWTC tu utk mencari hotel utk Kak Maya..dia dtg dari jauh kan..ader bwk student dia laks tu...(Kak Maya lecturer matriks kt JOhor)..cari punya la cari..dapat la gak..hotel tu ader berdekatan dengan area-area PWTC tu gaks..Alhamdulillah.. errr...yang mengejutkan aku,sebagai rusa terhormat nie..adalah keadaan kat area tu..aduhai..macamana la nak story..aku ingat story nie takdelah aku nampak depan mata,tapi happens gak..aku nk tanya korang la..korang penah nampak tak pondan cari makan? Yes! Pondan! Ayayai~ +_+” aku agak terkejut la jugak...tak sangka the story of Lorong Haji Taib berlaku depan mata aku..seram sejuk aku..hoho..benda ni aku leyh terima lagi coz aku dalam kereta dan ‘dia’ kat luar..menunggu si buaya sangap...hoho~ aku abaikn je ‘dia’ tu..then aku dan Is tolong la Kak Maya anta barang-barang mereka ke bilik hotel..sesudah itu..aku terperasan la plak..si ‘dia’ tu tadi naik ke atas (hotel bajet murah,tangga je ader) dan berselisih la semasa nak turun kan..(tangga kecik la pown).. Is turun dulu pastu baru aku..kire selisih semasa kt tangga la..aku wat dek jer la wpun nmpk dia..then melepasi dia 1st adalah Is..Is juz mengelak n wat2 aksi melekap ke dinding..(pdhal muat,saje jer) pastu dia mcm sengih..aku pun melepasi la ‘dia’ kat tangga yang sama..pas aku tengok gelagat si Is tu aku senyum n gelak kt Is..and then ape jadi?? Kami pun terdengar la suara..MACAM SIAL! Wah wah wah...rupenye terkeluar suare jantan dia..haha XD .. dia mengata kt kami la..time tu Ejam ader belakang,n ‘dia’ selambanya cakap gitu..kire dia ckp betul2 depan Ejam la time tu..tak abes agi...!!! si Is la melawan! “CANTIK SANGAT KE?”  itu balasan Is..pergh..melawan tol si Is nie..hoho~ malas sangat nak melayan...sebenarnya ader lagi kate2 dari ‘dia’ n aku pun ader gak bersuara (yg last2 la)..wah you all...aku terkesima la weih..tak sangka la eh...pondan2 pun ader...aku agak anti sket klu pondan2 nie..aku tak sangka lak ader gak org nak khidmat diorg nie..aduhai....korang paham-paham la kan..kalau si ‘dia’ tu naek ke hotel utk ape lagi..agi pun kate Ena..dia nmpk ader mamat deal dengan pondan tu..mamat tu da naek hotel tu dulu (hotel yang sama) and then the ‘lady’ tu pon ikot la pastu...arghhh~!!! nauzubillah min zalik...aku agak terkejut la dengan situasi kt KL tu..aku kene lebih berhati-hati...mintak-mintak dijauhkan la sama sekali..

Aku story nie bukan ape..pengalaman aku yg 1st jumpe situasi macamtu..aduhai..mintak-mintak la jangan berlaku lagi..Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur..

Story about cat show akan diberitahu next post..da pnjang da post nie..larat ke korang nak sambung agi..?? until next post ok? hoho..~meow~

~ Part I finished ~
~Pelakon-pelakon yang terlibat ~
Iskandar
Kak Maya

Ejam

     
Ena

hundreds..thousands,one.

Posted by Euforia Is
There are hundreds of words i want to share...hundreds of pictures i want all of u to see..
There are thousands of blogs,thousand of blogger,thousand of thoughts and feelings shared to this piece of webpage that we look upon every day...And yet..you are one..
One only..
Even though there a billions of others..there can be only one YOU..
Be proud of yourself..be who you are..
YOU were made from HUNDREDS of ability and THOUSANDS of personality  into ONE ,that person is YOU

its not a word of wisdoms..it just a neologisms~
~ Greatness Delusion ~

1 dah..2 bru jer..yg 3?

Posted Wednesday, December 22, 2010 by Euforia Is
~ Thinking ~

Assalamualaikum ~
the post entitled - thinking...
kenapa ek? sebab sy sedang berfikir...ape yg sy nk tulis dlm blog saya...
kalau tgk blog2 yg ader kt google search..byk yg berkaitan diri sendiri, pengalaman hari2, ader gak blog MLM,blog utk softwares,movie,lagu dan lain2 lagi..so.....blog sy ni...saya nak tulis ape?? pening gaks nie~ ayayai~ +__+"
fikirkn..fikirkan... zzzZZzzz....



fewiitttt...lawo siot...mmg meleleh la wa ckp sama lu..sapa nama dia? tinggal kt mane? umur brape? leh ngorat tak? awek aku ker? single ke?

ish ish ish...yg ni namanya :
Hanis Zalikha Zainal
tak..ni bukan awek aku..so aku tatao la umur dia brape..single ke tak..
[ of coz la aku tatao kan,korang nih.. +__+" ]
sedikit info ttg dia nih yg menarek..dia nie listed sebagai top 10 listed dlm carian google..tak tau la tarikh bile listed tp dlm bulan ni gak klu tak salah..sedikit info utk semua...10 individu paling dicari dalam Google Malaysia
1. Maher Zain 2. Justin Bieber 3. Luna Maya 4. Din Beramboi5. Lady Gaga
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar) 7. Lee Min Ho 8. Adam Lambert 9. Datuk Siti Nurhaliza 10. Paul Tan (blogger) *sumber dari gempak.org
hoho...leh jadi sumber inspirasi..mane la tau..blog nie blh up smpi hanis punye blog kan...
[*hidung bertambah tinggi nampak...~ ]
hoho...so baek smbung dgn blog yg ader..blog baru ader 3 post da nk pk jauh melambong..adoi...
so mybe pemikiran tlh memikirkn ape yg nk difikirkan.. [ mender aku mencarot nih ? ]
blog nie utk tulis ape yg sy lalui seharian..ape yg patot diluahkan tp tak dapat..so..tu la tujuan blog nieh..
"Mengenai laman blognya, Hanis Zalikha berkata, dia sengaja mewujud blog kerana meminati bidang penulisan dan menjadikannya medan untuk bercerita mengenai kehidupan seharian dan pengalamannya serta berkongsi tips kecantikan dengan sesiapa yang berminat"

so please enjoy it ~
semoga euforia selalu!!

- One Two Three Four Five -

Posted by Euforia Is



"Back At One"

It's undeniable... that we should be together...
It's unbelievable how I used to say that I'd fall never
The basis is need to know, if you don't know just how I feel,
Then let me show you now that I'm for real...
If all things in time, time will reveal...
Yeah...

One... you're like a dream come true...
Two... just wanna be with you...
Three... girl it's plain to see... that your the only one for me...
Four... repeat steps one through three...
Five... make you fall in love with me...
If ever I believe my work is done... then I start Back at One 



So Incredible... the way things work themselves out...
And all emotional, once you know what it's all about babe...
And undesirable... for us to be apart...
Never would of made it very far...
Cause you know that you've got the keys to my heart

Say farewell to the dark of night... I see the coming of the sun...
I feel like a little child... whose life has just begun...
You came and breathed new life
Into this lonely heart of mine...
You threw out the life line... just in the Nick of Time.....

One... Two... Three... Four... Five... 

If ever I believe my work is done... then I start Back at One

- it always start with a song -
- becoz life is a melody, a harmony -
- n currently we are enjoying it -
Posted Thursday, December 16, 2010 by Euforia Is
Special ~

~ meow meow meow ~

So I am going to see you

I decide it
I wan you to hear this song
in my pocket

I found it out
as turning the volume up softly

Oh now good bye days
I feel it is going to change
So long, by the time yesterday
Because there is a tenderness which is not cool with me
La la la la la with you

I slip the one
of a pair of earphone to you
At this moment
it is slowly following into me

Is it a right way of love for each other?
Sometimes I am lost the way

Oh now good bye days
It is get started to change inside of my heart, it is alright
Because there is a tenderness which is not cool with me
La la la la la with you

I wish I could
feel any pain
But it is going to me, right?
When it comes to me
if I could say Yeah Hello! my friend, like that
If I could do that as smiling on my face

When we sing the same tune
I wish if you were by my side
The tenderness is not cool you gave me
I was glad to see that

La la la la Good-bye days

~ ~ ~ ~
its my nicest song i have heard in my days..
song of Yui..singer from Japan [i think]
which have all the meaningful reasons and remind me of my experiences through out my days..
this song accompany me through out the happy days and the sad days..
believe it or not..i dun have the slightest idea about this song until....
it was sang by someone..someone special to me..
even though that someone special never be the special one no more..
her songs remains the most special to me as it is right now n then..
thats why i decided it would be the special post to be..the 1st post to be..to my blog of course..

~ La La La La meOw meOw meOw ~