SOAL SELIDIK SKALA PERCINTAAN

Posted Friday, December 31, 2010 by Euforia Is

kuiz untuk seseorang yang kamu cintai..cube la try..hantar jawapan --> PM kat FB..
[ yela takkan korang nak jawapan tu secret kan..for me..its a secret between us =) ]




SOAL SELIDIK SKALA PERCINTAAN
benar @ tidak sahaja =)
PERNYATAAN

  1. Saya percaya bahawa cinta pandang pertama adalah suatu perkara yang mungkin terjadi.

  1. Saya tidak menyedari yang saya sedang berada dalam alam percintaan sehinggalah saya benar-benar mengalaminya untuk beberapa ketika.

  1. Saya merasa susah hati apabila menyedari perhubungan kami tidak semesra seperti sebelumnaya.

  1. Dari sudut praktisnya, saya semestinyalah memikirkan apa yang dilakukan oleh seseorang itu untuk menjamin masa depannya sebelum saya menyintai dirinya.

  1. Anda tidak boleh dikatakan bercinta sekiranya anda tidak mengambil tahu akan diri teman anda itu.

  1. Adalah penting untuk menimbulakan perasaan sangsi dihati kekasih tentang sejauh mana penglibatan cinta anda terhadapnya.

  1. Alat kelamin saya member gerak balas (berair, tegak-keras) apabila kami bercium atau bergesel pipi untuk pertama kalinya.

  1. Mereka yang pernah saya cintai masih mempunyai hubungan persahabatan yang baik dengan saya.

  1. Amat baik merancang masa depan anda dengan teliti sebelum anda memilih kekasih hati.

  1. Cengkaman kepiluan akibat gagal dalam percintaan menyebabkan saya terfikir untuk membunuh diri.

  1. Kadangkala saya merasa terlalu seronok dan ghairah mengenai percintaan saya sehingga saya tidak boleh tidur.

  1. Saya rela menanggung segala kesusahan asalkan kekasih saya tidak mengalaminya.

  1. Saya cuba menggunakan kekuatan yang ada pada diri sendiri saya untuk menyelesaikan sesuatu kesulitan yang timbul walaupun mengenai kelakuan yang dikira tolol.

  1. Sebahagian daripada keseronokan cinta ialah menguji kemahiran seseorang itu untuk menguatkan perhubungan cintanya dan pada masa yang sama mendapatkan apa-apa yang dikehendaki daripada perhubungan cinta ini.

  1. Berkaitan dengan kekasih saya, apa rahsia saya yang tidak diketahuinya tidak akan menyakitka hatinya / perasaannya.

  1. Adalah baik menyintai sesorang yang mempunyai latar belakang yang sama.

  1. Kami bercium sebaik sahaja bertemu kerana kedua-duanya mahu melakukan perkara yang sedemikian.

  1. Hati saya menjadi kurang senang apabila kekasih hati tidak diutamakan daripada diri sendiri.

  1. Saya bagaikan tidak gembira seandainya kesenangan kekasih hati tidak diutamakan daripada diri sendiri.

  1. Pada kebiasaannya perkataan utama yang menyebabkan say meminati seseorang itu adalah kerana daya tarikan sifat-sifat fizikal yang dimiliki oleh orang itu.

  1. Cinta yang paling baik akan lahir menerus persahabatan yang agak lama.

  1. Apabila saya sedang berada dalam alam percintaan menyebabkan saya tidak boleh menumpukan perhatian kepada kerja-kerja lain

  1. Pada sentuhan tangan yang pertama, saya telah memikirkan yang saya berkemungkinan untuk menyintai.

  1. Apabila cinta kami putus saya akan memastikan yang dirinya berada di dalam keadaan yang menyenangkan.

  1. Saya tidak senang duduk jika saya akan mendapati dia mempunyai kekasih lain.

  1. Saya pernah sekurang-kurangnya sekali merancangkan dengan telitinya supaya kedua-dua kekasih tidak mengetahui antara satu dengan lain mengenai perhubungan cinta saya dan mereka.

  1. Saya dengan mudah dan cepat dapat melupakan kisah cinta yang sedang saya lalui.

  1. Pertimbangan utama yang perlu diberikan apabila memilih kekasih hati ialah kesan yang akan timbul terhadap keluarga anda.

  1. Hidup bersama berganding bahu dalam soal rumahtangga dan sama-sama mendidik anak-anak adalah bahagian yang cukup indah kalau dibayangkan semasa bercinta.

  1. Saya selalu sedia mengorbankan kehendak hati saya asalkan kekasih saya berjaya mendapatkan apa yang dihajati.

  1. Pertimbangan utama yang patut diberikan ketika memilih teman hidup ialah apakah dianya boleh menjadi ibu bapa yang baik.

  1. Ciuman, perlukan dan soal seks akan berlaku secara semulajadi setelah kemesraan terjalin dan bukannya dilakukan dengan sikap yang terburu-buru.

  1. Sungguh nikmat bermain cinta dengan orang yang boleh menawan hati.

  1. Kekasih saya akan merasa kecil hati kalay ia tahu tentang beberapa perkara yang telah saya lakukan dengan orang lain.

  1. Saya seharusnya mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kekasih hati sebelum menjerumuskan diri di dalam percintaan.

  1. Jika kekasih saya mempunyai anak dengan orang lain, saya akan mendidik, menjaga dan menyayanginya seperti anak sendiri.

  1. Adalah terlalu sukar untuk menyatakan bilakah kami jatuh cinta.

  1. Saya tidak menyintai seseorang itu dengan sepenuhnya sekiranya saya tidak mempunyai niat buruk untuk berkahwin.

  1. Saya cuba menghindarkan perasaan cemburu tetapi tidak berjaya apabila kekasih hati menaruh cinta kepada orang lain.

  1. Saya rela memutuskan cinta kami asalkan dia beroleh kejayaan yang dikejarkannya.
  1. Saya suka mempunyai minat yang sama dengan kekasih saya megenai pakaian, hobi, kereta dan lain-lainnya.
  1. Saya tidak akan pergi dating dengan seseorang itu jika saya enggan menyintainya.
  1. Peristiwa luka lama berdarah kembali sekurang-kurang berlaku sekali dalam hidup saya apabila bertemu dengannya semula.
  1. Kekasih saya boleh menggunakan semua barang-barang milik mengikut sesuka pilihan hatinya.

  1. Saya benar-benar melakukan kerja yang dianggap bodoh untuk menarik perhatian kekasih saya jika dia tidak memperdulikan saya walaupun bagi tempoh sekejap saja.

  1. Sungguh seronok rasanya berdampingan dengan sesiapa sahaja walaupun saya tidak mempunyai niat untuk bercinta dengannya.

  1. Pertimbangan utama ketika memilih teman hidup ialah kesannya terhadap kerjaya anda.

  1. Apabila kekasih saya tidak berjumpa atau menelefon saya untuk beberapa ketika, saya andaikan ia mempunyai sebab-sebab yang baik kenapa ia berbuat demikian.

  1. Sebelum benar-benar berkasih dengan seseorang itu, saya akan mengkaji kesesuaian latar belakang kebakaannya dengan saya andainya kami ditakdirkan mempunyai cahayamata pada suatu hari nanti.

  1. Perhubungan cinta yang sejati ialah hubungan yang bakal melalui tempoh yang paling panjang.
‘TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA’

0 comments: