Tanda-tanda lelaki jatuh cinta

Posted Saturday, March 5, 2011 by Euforia Is
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah: 

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.


euforia

My Follower Profile

Posted by Euforia Is
Assalamualaikum..
sememangnya tulisan blog ini hanya dibaca dan ditatapi oleh beberapa orang sahaja..dan lebih tepat lagi..hanya 7 orang follower..7 orang sahaja..tapi lepas ditapis, rasanya hanya 4 atau 5 orang sahaja yang membaca blog nie..di senaraikan di tepi adalah follower saya...ape2 pun terima kasih la sebab follow blog saya nie..
jadi sekarang biarlah saya ceritakan serba sedikit tentang follower2 blog saya ini..

1.cik raihana.
walaupun saya tau cik raihana tidak lagi membaca blog atau facebook saya lagi.yes,tak perlu berahsia lagi.saya dah tau kamu membenci saya atas ape yang saya lakukan,dan saya minta maaf.kalaulah kamu tau cerita yang sebenar, mungkin kamu juga akan memikirkan ape yang saya lakukan ini. perlukah? mengapakah? berbaloikah? itu mungkin persoalan kamu pada saya,tapi biarlah saya mendiamkn diri.tak perlu la saya ceritakan apa yang terjadi antara saya dan 'dia'.biar kami yang tau cerita sebenar merahsiakannya . kite mungkin tidak akan berjumpa lagi,mungkin kalau bersua pun akan buat2 tak kenal, tapi tak mengapa.saya tau diri saya dan diri kamu dimana. itu sahaja. saya masih anggap kamu kawan saya.

2.cik khairun nasuha
dia merupakan adik angkat aku.satu batch bersama-sama cik raihana juga.student nurse seremban 2/2010. perkenalan di facebook sehingga ke depan mata.merupakan seorang yang sangat manja dan sangat emosi, bagaimanakah begitu? susah nak terangkan,cuma kamu akan menyukai sifat manja nya dan sifat kanak-kanak riangnya pabila kamu bertemu dengannya. 

3.cik meera
cik meera ni kawan dari myspace dulu.seorang yang ceria dan penyayang.dari myspace ke facebook ke blogger,kamu memang seorang kawan yang baik,cuma kurang komunikasi antara kita.yerlah,masing2 belajar lagi.so ade kawan masing2 dan ader komitmen masing2. namun begitu,kamu tetap kawan yang baik =)

4.cik syamila
kamu memang comel.kamu ade twin.kamu asal perak dan kamu mmg kawan terbaik.walaupun kite tak penah jumpe,hanya berbicara melalui telefon dan facebook, saya tau kamu mmg baik sgt2.kamu dah jarang-jarang on9,dan saya dah jarang2 text kamu.tapi kamu tetap layan saya sebagai seorang kawan.kamu memang best la.saya sentiasa menunggu updates dari blog kamu.bersama-sama nanti kita kerja jadi penolong pegawai perubatan yang terbaik ek? =)

5.cik nabilah
seorang yang agak sensitif kot.senang emosi kadang2.susah sket nak baca fikiran dia.ape yang dia fikirkan.ape yang dikatakan oleh dia.tapi dia tetap kawan yang sentiasa menyokong kawan-kawannya sebagaimana dia sentiasa menyokong saya. walaupun kadangkala tidak sekata,namun dia tetap dengan pendiriannya dan masih mengambil berat akan kata-kata orang lain.


6.cik shafinaz 
seorang yang sangat memahami dan sekepala dengan aku. merupakan seorang kawan yang baik walaupun aku rasa,aku jumpe dia dua tiga kali ajer.mata hazel dia original ek. selalu kacau dia. merupakan peminat taylor swift no.1. dats y la aku pggil dia cik swift. =)

7.cik leen
orang yang influence utk aku memblog.org yang pertama aku follow.orang yang pertama sruh aku wat blog. dia yang pertama. seorang yang sangat2 baik.
tak tau nak cakap ape ttg dia nie.kenali la dia sendiri =)


dan disini ingin saya katakan...
ni je follower yang saya ade..blog saya ni bukan popular pown..hanya luahan perkataan dari saya..
aku ni tak memerlukan follower yang banyak..tak memerlukan traffic blog yang tinggi untuk setiap post.cume setiap perkataan dari blog nie,ingin di catit dan disiar.biarpun hanya tatapan beberapa orang sahaja.minta maaf la pada follower saya sekiranya ulasan tentang diri anda tidak sesuai,aku pun tatau nak tulis ape tentang korang..yang aku tau..aku kenal korang dan korang boleh sekepala dan aku faham serba sedikit tentang korang..sebab tu aku nk kawan lagi dengan korang..persefahaman tu penting dalam persahabatan...

itu sahaja..next post gonna have better explaination..wait for it and read ! =)

euforia

weee...weeee...weee....

Posted Friday, March 4, 2011 by Euforia Is

Walkie talkie berbunyi..
"Hospital Alor Gajah panggilan dari MECC Melaka,respond!"
erk..ambulan call ler nie..
fikir aku..skrg nie dah pukul 8.50pm..lagi 10 minit nak balik nie..
nak tak nak..kene respond la jugak...
"MECC Melaka..teruskan berita over~ "
menjawab dengan nada malas... ~.~"
 "nak despatch satu kes..nama pemanggil [ - - - ] alamat [ - - - ] over"
aish..bapak laju ckp..mane la sempat aku nk tulis..
"ulang berita over,laju sangat tu over.."
dengan selamba sound..ahakz~
"aa...ok..alamat [ - - - ] nama pemanggil [ - - - ], terima berita over? "
baru la nak cakap slow..sah2 la nie mamat ppw..bercakap pon gagap2 lagi..
"berita terima..bagaimana keadaan mangsa over?"
tut ~ 
tut ~
lame tol mamat ni nak respond...
"MECC Melaka dari Alor Gajah, teruskan berita over.."
selow betol mamat nih.. 
"aa...ok..pemanggil tadi bgtau..mangsa tengah fitiing.."
" aaa..dan pemanggil tunggu ambulan kat depan taman [ -- ] over"
"baek..berita terima,ade ape2 berita lagi tak over? "
"lagi berita tiada, roger n out!"
hek eleh~
adoi yai..ko nie pown..at least gtau la ko sapew..
dlm ambulan call..kene tulis sape name pegawai yg bg maklumat..
maksudnye...ko..adoi yai..
"MECC Melaka..siapa di sana over?"
~tut~
~tut~
ampeh tol la..xjwb la plak..men senyap gituw jerk..
saat2 tgh memunggah barang untuk di bawa ke ambulan call..
tut..~
"Hospital Alor Gajah..di sini MA Azim..sape responds di sana over?"
kurang asam tol...aku dah nk gerak baru ko nk respond..
"erm..ni PPP Ismawi di sini..roger n out!"

motif?
belajar la jawab ambulan call tu elok2..
nnti ppw sah2 kene letak kat call center..
pegang walkie talkie..
jawab emergency call kt tempat korang..
jadi 1st responder yang betul..
jangan la gagap2 ok..

nasihat utk diri sendiri dan kawan2 yang sama level~

weee ...weeee....we..... weeeeee...