Entahlah… Tapi ceritanya bermula begini…
Kepada Awie :
"Terlebih dahulu saya nak minta maaf pada awak.
Saya dah buat keputusan, saya nak hentikan hubungan kita. Bukan sebab apa, cuma saya dah terlalu tertekan dengan masalah-masalah yang saya hadapi sekarang ini. Masalah keluarga, kerja dan cinta. Sy harap awak faham.
Kalau awk tak puas hati dengan apa yang saya katakan ini, awak boleh call saya atau awak nak tahu dari mulut saya sendiri. Ok, thanks."
12 Mac
3.00 Petang
Catatan di atas adalah sms yg dikirimkan oleh Nurul kepadaku. Nampaknya aku dah sama nasib dengan Fazli, cuma cerita aku lain jadinya,entah. Tak dirampas orang cuma di minta untuk dilepaskan. Memang pahit,pekat tu! Amik kau!
Sapa suruh kutuk orang lagi,kan sendiri dah kena.Nasib baik tak teruk. Cuma aku nak sangat bersama dengan dia sepanjang hayat aku. Kalau macam ni aku sambung belajar dalam keadaan kecewa lah…sekali lagi… nasib nasib!! Mmg ni namanya dugaan tapi kuat sungguh dugaannya,terus lemah satu badan.
Aku sangat gembira pagi tadi,alih-alih balik sembahyang jumaat,lepas dapat gaji pertama, terus jadi begini .Aku tak nak salahkan dia, walaupun dia yang meminta. Mungkin aku ada salah jugak kot, mungkin jugak aku salah satu masalah utamanya. Ish,kalau macam nie nak pegi kerja pun dah takde niat dah. Aku rasa nak menangis jer nie. Cinta pertama yg dijalinkan,cinta pandang pertama …… hancur! takper ..aku akan tunggu azie gak. Aku taknak orang lain ,aku nak dia gak! Lantak! aku nak jugak dia… memang ramai lagi perempuan lain, tapi dia nie 'different' sikit….different tu yg susah nak dapat. Dan itu lah yang aku hilang skarang…erghh! Bodoh! benda baik camtu bleh hilang lak!
Terberhenti sekejap,bukan aper…Kamal and Halim nak ambik gaji diorang.. mintak nombor telefon supervisor, tu yg terganggu tu. Dah setel dah hal tu,alih-alih ada sms dari azie,dia suruh call balik. Aku balas “tak baik menganggu orang tengah buat keje. Bagi saya masa untuk menerimanya,bila tiba masa saya akan call.”
Lepas hantar terus aku offkan henfon, senang! aku tak payah call dia, dia takleh call aku. wut a perfect way to kill a lady’s heart. lantaklar ape dia pikir, janji aku nak tenangkan fikiran aku, aku nak pergi berjalan-jalan petang nanti and nobody cant stop me!
Jumpa pun jumpa lah..aku buat tak tahu jer….nanti dia mesti sakit hati sebab aku buat dia macamnie, mmg tak patut tapi..entahlah…..aku malas nak berkata-kata lagi…..Aku mendengar lagu yg ada, setelah beberapa ketika aku on balik henfon, dan telah tersedia dua sms dalam inbox. Yang pertama katanya “I’m very sorry,sy bukan sengaja nak lukakn hati awk,just sy tak nak tipu awk dan diri saya.SORRY…” tu yg pertama dan ni yang kedua pula… "sy x akan lupakan awk.awk tak salah ape-ape pada saya.saya yang bersalah pada awk.sy nak stop sementara bukan utk selamanya.” Ayat yang memang menyakinkan tapi aku dah takde mood dah…aku dah bagi sms kat siman, suruh dia tunggu aku kat taman kul 5.30 petang. Dah lama tak main skateboard, otot pun dah longgar dah, tu yg tak best tu….
Yelah memang clash sekejap tapi aku takut jadi macam kes Kamal….Aku dah start keliru dah……otak dah migraine macamnie la…kang ader yg pengsan time petang nanti… Tak ker menyusahkan orang…….cakap la awal-awal takder la aku nak mengamuk!! Dah lar kerja macamni, keadaan rumah nasib baik ok, member dah la susah nak jumpa! Aishhh!! Macamni la keputusan aku, aku nak mangasingkan diri selama seminggu dari call dia, jumpa dia atau mesej dia..senang kata aku nak rehatkan fikiran..Kusut sangat!!
Euforia
Part 1











