Contest Blog Plg Simple

Posted Thursday, March 10, 2011 by Euforia Is

CONTEST BLOG PALING SIMPLE

syarat2 penyertaan:

1. ada blog. xde blog batal..
2. follow blog aku..[klik button follow sebelah kiri bawah]
3. letak banner contest ni kt sidebar n link ke page contest aku..
4.buat 1 entry n explain any word drpd perkataan SIMPLE..

contoh:
S: Saya
I: Ingin
M: Masak
P: Pulut
L: Lemak
E: Enak

5.tag 3 member..
6.tarikh tutup 31 Mac 2011..
7. sila tinggalkan link anda..

hadiah berupa RM50 untuk seorang pemenang
dan 5 hadiah saguhati untuk 5 orang..
contest ni akan terbatal sekiranya kurang dari 5 penyertaan..
jom ramai2 memeriahkan contest ni.. =))


-------------------------------------- ------ ----------------------------------------

ehem2...aku kene tag dgn cik sofea..
adei..so join je...
hoho...sebenarnya tak yakin blh menang pon..
bukan kata dah menyerah kalah..tapi aku rase mybe tak perlu kot..
aku tak reti sgt pown..
tapi try jela..hoho thankz anyway cik swizzles sbb tag saya.. =)

S : simple

I : is 

M : me

P : peoples 

L : love

E : Euforia


euforia tagged


diriku bahagia..melihat dikau bahagia bersama si dia..

Posted Saturday, March 5, 2011 by Euforia Is


  Sudah lama daku tidak merasakan perasaan cinta,rindu,kasih dan sayang sejak daku meninggalkan perasaan itu semua…dan daku tak sangka perasaan itu muncul semula apabila pintu hati ini hampir tertutup buat kaum LELAKI…

segala-galanya berlaku dalam masa terdekat bila ku disana, segala-galanya berlaku tanpa daku pinta..dalam hati ada cinta, cinta yang tulus dan ikhlas walaupun tiada yang mengerti rahsia dihati ini tapi aku harus mengerti hakikat kebenaran cinta yang sebenarnya kerna perasaan cinta,rindu, kasih dan sayang tak layak daku terima kerna ku sedar siapa diriku…

seandainya cintamu milik daku akan ku berada disisimu walau dimana pun dikau berada sama ada di alam realiti mahupun fantasi kerna ku yakin dengan cinta, rindu, kasih dan sayangku boleh menemanimu dimana saja dikau berada ..

tapi buat masa sekarang segala-galanya ku serahkan pada kuasa yang maha esa.. walaupun ku sedari yang daku memang tak layak untuk jatuh cinta pada insan yang aku cintai.. 

seandainya dikau mengerti perasaan ini akan daku memuji cintamu padaku tapi apakan daya hanya kehebatan cinta sejati sahaja yg boleh menyelamatkan keadaan kita yang sebenarnya… hingga kini aku tidak mengerti mengapa daku harus menagih kasih sayang dari mu sedangkan daku mengerti siapa dirimu yang sebenarnya..

memang betul kata-kata dia, jangan pernah menyanjung cinta bila tak mengerti apa maknanya cinta,kerna cinta itu buta..cinta itu tak mengenal erti usia…tapi aku cuba menerima kebenaran ini.. memang benar cinta tak mengenal erti usia..tapi kenapa ada insan yang masih belum mengenali erti cinta sebenar..

aku cuba mengerti makna cinta sebenar jika ku cuba untuk menyanjung cinta.. bukan ku pinta wang ringgit,bukan ku pinta harta benda..hanya satu yang ku pinta iaitu cahaya kehidupan ,daku harap dikau mengerti apa yang daku pinta iaitu cinta,rindu,kasih dan sayang yang tulus dan ikhlas..tidak lebih dari itu…

Selain kata-kata itu..aku ingat lagi kata-kata dia, alam berubah kerna manusia,manusia berubah kerna manusia… dikesempatan ini seandainya dikau membaca luahan hati ini ingin ku ucapkan terima kasih diatas segala nasihatmu..walaupun dia berkata kalau kita nak berubah kita mesti pasang niat yang ikhlas tapi daku rasa tak salahkan kalau daku berubah kerna dirimu….

tapi segalanya berubah bila ku undur diri dalam hidupmu kerna ku yakin dengan keputusan diriku ini dan daku sepatutnya berundur diri dalam hidupmu kerna ku percaya jika kita jatuh hati pada insan yang kita cintai, tapi dalam masa yang sama dia sudah pun dicintai oleh orang lain,kita seharusnya berundur diri kerna kita akan rasa cahaya kehidupan yang sebenarnya seandainya kita berundur diri. 

walaupun berat hati ini meninggalkan insan yang telah berjaya mengetuk pintu hati ini.. terima kasih diatas segala-galanya…kini hanya kenangan ku bersamamu penawar dan pengubat kerinduaan dan kesedihan ku disini…kini daku mengerti akan hakikat cinta sebenarnya…tak perlulah dikau rasa bersalah pada diri ini kerna ku rasa hati ini akan tenang seandainya daku melihat kebahagiaan mu bersama si dia, insan yang dikau cintai dan sayangi…

dan percayalah cinta,rindu,kasih dan sayang yang ada dalam hati,jiwa dan dirimu bukan milik daku tapi milik si dia.. yang pastinya daku tak layak menerima cinta, rindu, kasih dan sayangmu kerna didalam hatimu tiada namaku…sambutlah salam kemaafan dari ku kerna menganggu kehidupan mu bersama-sama si dia insan yang kau cintai…

diriku bahagia..melihat dikau bahagia bersama si dia..

euforia

Tanda-tanda lelaki jatuh cinta

Posted by Euforia Is
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah: 

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.


euforia