diriku bahagia..melihat dikau bahagia bersama si dia..

Posted Saturday, March 5, 2011 by Euforia Is


  Sudah lama daku tidak merasakan perasaan cinta,rindu,kasih dan sayang sejak daku meninggalkan perasaan itu semua…dan daku tak sangka perasaan itu muncul semula apabila pintu hati ini hampir tertutup buat kaum LELAKI…

segala-galanya berlaku dalam masa terdekat bila ku disana, segala-galanya berlaku tanpa daku pinta..dalam hati ada cinta, cinta yang tulus dan ikhlas walaupun tiada yang mengerti rahsia dihati ini tapi aku harus mengerti hakikat kebenaran cinta yang sebenarnya kerna perasaan cinta,rindu, kasih dan sayang tak layak daku terima kerna ku sedar siapa diriku…

seandainya cintamu milik daku akan ku berada disisimu walau dimana pun dikau berada sama ada di alam realiti mahupun fantasi kerna ku yakin dengan cinta, rindu, kasih dan sayangku boleh menemanimu dimana saja dikau berada ..

tapi buat masa sekarang segala-galanya ku serahkan pada kuasa yang maha esa.. walaupun ku sedari yang daku memang tak layak untuk jatuh cinta pada insan yang aku cintai.. 

seandainya dikau mengerti perasaan ini akan daku memuji cintamu padaku tapi apakan daya hanya kehebatan cinta sejati sahaja yg boleh menyelamatkan keadaan kita yang sebenarnya… hingga kini aku tidak mengerti mengapa daku harus menagih kasih sayang dari mu sedangkan daku mengerti siapa dirimu yang sebenarnya..

memang betul kata-kata dia, jangan pernah menyanjung cinta bila tak mengerti apa maknanya cinta,kerna cinta itu buta..cinta itu tak mengenal erti usia…tapi aku cuba menerima kebenaran ini.. memang benar cinta tak mengenal erti usia..tapi kenapa ada insan yang masih belum mengenali erti cinta sebenar..

aku cuba mengerti makna cinta sebenar jika ku cuba untuk menyanjung cinta.. bukan ku pinta wang ringgit,bukan ku pinta harta benda..hanya satu yang ku pinta iaitu cahaya kehidupan ,daku harap dikau mengerti apa yang daku pinta iaitu cinta,rindu,kasih dan sayang yang tulus dan ikhlas..tidak lebih dari itu…

Selain kata-kata itu..aku ingat lagi kata-kata dia, alam berubah kerna manusia,manusia berubah kerna manusia… dikesempatan ini seandainya dikau membaca luahan hati ini ingin ku ucapkan terima kasih diatas segala nasihatmu..walaupun dia berkata kalau kita nak berubah kita mesti pasang niat yang ikhlas tapi daku rasa tak salahkan kalau daku berubah kerna dirimu….

tapi segalanya berubah bila ku undur diri dalam hidupmu kerna ku yakin dengan keputusan diriku ini dan daku sepatutnya berundur diri dalam hidupmu kerna ku percaya jika kita jatuh hati pada insan yang kita cintai, tapi dalam masa yang sama dia sudah pun dicintai oleh orang lain,kita seharusnya berundur diri kerna kita akan rasa cahaya kehidupan yang sebenarnya seandainya kita berundur diri. 

walaupun berat hati ini meninggalkan insan yang telah berjaya mengetuk pintu hati ini.. terima kasih diatas segala-galanya…kini hanya kenangan ku bersamamu penawar dan pengubat kerinduaan dan kesedihan ku disini…kini daku mengerti akan hakikat cinta sebenarnya…tak perlulah dikau rasa bersalah pada diri ini kerna ku rasa hati ini akan tenang seandainya daku melihat kebahagiaan mu bersama si dia, insan yang dikau cintai dan sayangi…

dan percayalah cinta,rindu,kasih dan sayang yang ada dalam hati,jiwa dan dirimu bukan milik daku tapi milik si dia.. yang pastinya daku tak layak menerima cinta, rindu, kasih dan sayangmu kerna didalam hatimu tiada namaku…sambutlah salam kemaafan dari ku kerna menganggu kehidupan mu bersama-sama si dia insan yang kau cintai…

diriku bahagia..melihat dikau bahagia bersama si dia..

euforia

1 comments:

  1. Raden

    you wrote dis pumpkin? heeeee...pheewwitt!