I & D
Incision and Drainage
adalah satu prosedur untuk mengeluarkan nanah dan melakukan pembebatan
tujuan I & D
- untuk mengeluarkan nanah dan darah yang terkumpul dalam abcess.
------------------------------
mereka tahu tentang ape I&D ini..sebab diorang nurse! =)
erk!!
korang tak faham ek? huhu...
prosedur I&D nie selalu dilakukan di hospital atau klinik-klinik yang berdekatan anda..
alahai..korang mesti pernah nampak abcess kan? a.k.a bisul?
ha..bisul tu la..bila bisul tu dah ranum..dah masak..mesti dia akan pecah kan..
jadi prosedur I&D nie la digunakan untuk mengeluarkan nanah dan darah yang terkumpul dalam bisul tersebut..bisul yang agak besar la..kalau setakat jerawat tu boleh la picit sendiri kalau korang nak kan...huhu~
jadi itulah I&D
ditakdirkan waktu aku tengah praktikal..ada prosedur I&D yang hendak dilakukan..
bisul pada seorang klien..pada telinga klien tersebut...setelah ranum bisul tersebut..maka perlu I&D..
bukan aku yang buat..tapi kawan aku yang sama tempat praktikal dengan aku...
mak aih..besor kot bisul dia..sebesar separuh ibu jari..kat telinga lak tu...
jadi staff senior pun memulakan kerja beliau dengan penuh dedikasi...
di torehkan tepat-tepat pada mata bisul tersebut perlahan-lahan..
[ bius dah bagi..kalau tak mau menjerit klien tu kan..]
maka meleleh la darah dari torehan tersebut...
maka kawan saya pun meneruskan kerja staff senior tersebut....
di picitnya bisul itu perlahan..dan keluarlah nanah yang pekat dari bisul tersebut..
aku pun nk tengok la dari dekat...tolong tengok la pown..aku dekatkan sikit diri aku dengan klien tersebut..
klien tu rileks jerk..mungkin rasa pedih sket je la kot.. [ ade bius kot!~ ]
dan kemudian...
puhh!!!!
erk!!
nak tahu ape jadi?
kawan aku ni picit bisul tu kuat-kuat...
dan nanah tu memancut..
straight to my face...
oh my god!!!
abes memancut nanah-nanah beliau ke muka dan ke baju saya..
warna kekuning-kuningan dan pekat....
argghhhhhh!!!
nasib baik la pakai cermin mata..kalau tak..mau dah masuk mata..
tiada yang masuk ke mulut ok..mulut saya tertutup waktu itu..
dengan secepat mungkin saya membasuh muka,cermin mata dan baju saya...
huwaa!!!
saya kene nanah..pekat...kuning2..
eeee yeaakkkk!!!
dan yang lain hanya boleh senyum sahaja pada aku...
tula..nak sangat tolong tengok...kan dah kene..
tahniah ~
pesanan :
1.pasni kalau nak mengada-ngada tengok I&D..pakai la mask..
2.jangan tengok time tengah picit bisul tu atau anda mungkin akan menerima nasib yang sama seperti saya..
3.jangan simpan bisul
4.picit sendiri
5.tolong buat jangan tolong tengok sahaja~
6.mandi n basuh baju korang..
7.esok datang kerja,buat-buat tak tau ape yang jadi..
8.jangan la gelak lagi..kesian aku tau..
euforia








March 21, 2011 at 9:59 PM
wahhhh..haha tuhla! lain kali sile pakai mask okay..kan dah kena. hahaha. lucu ah kamu ^^